Tutup Lesen SSM Supaya Boleh Lari Cukai. Betulkah?
Tutup Lesen SSM Enterprise Setiap Tahun Untuk Elak Cukai
Setiap tahun asal sahaja bulan 12, saya mesti akan jumpa soalan macam ini. Situasinya macam ini, encik Abu ada ABC Enterprise pada tahun 2022. Pada Disember 2022, encik Abu tutup lesen itu untuk elakkan dari bayar cukai bisnes ABC Enterprise.
Pada Januari 2023, encik Abu buka XYZ Trading. Dia buat bisnes yang sama seperti ABC Enterprise bezanya dia gunakan lesen yang berbeza. Apa yang dibuat oleh encik Abu ini sebenarnya ramai yang buat.
Mereka ingat cukai itu terkubur bersama dengan lesen itu.
Ada 2 sebab kenapa yang dibuat encik Abu ini salah:
Sebab pertama, untuk lesen enterprise tidak kisahlah sama ada milikan tunggal atau perkongsian, kita cuma ada satu borang cukai sahaja. Tidak ada borang cukai bisnes lain, borang cukai individu atau personal lain. Yang ada cuma pilihan satu jenis borang iaitu borang B untuk mereka yang buat bisnes dan borang BE untuk mereka yang tidak buat bisnes.
Kedua, tidak kisahlah kita tukar ke nama apa sekalipun rekod pendapatan kita bukan “associated” atau ada kaitan dengan nama bisnes sebenarnya. Rekod pendapatan kita sebenarnya diikat dengan nombor TIN (Tax Identification Number). Jadi tukarlah ke nama apa sekalipun, pendapatan encik Abu dari ABC Enterprise tetap akan dijumpai.
“Eh bisnes saya sudah tutuplah, kenapa kena cukai lagi?”
LHDN, “Encik Abu, kita bukan cerita pendapatan selepas ABC Enterprise tutup. Kita cerita semasa ABC Enterprise ada pendapatan.”
Ketiga, LHDN cuma rekod atas nama kita. Kita ada ABC Enterprise kah, ada XYZ Trading kah atau kita cuma guna nama kita sendiri kah, LHDN tahu pendapatan itu atas nama kita. Bahkan kalau kita ada 3 empat bisnes atas nama lain-lain, itu LHDN akan tahu juga akhirnya.
Jadi untuk menjawab persoalan ini, tidak. Tutup lesen itu tidak menutup pendapatan yang tidak dilaporkan. Ingat ya tuan puan, perkara seperti cukai ini bukan mantan kekasih yang kita patut lupakan. Mungkin kita boleh lupa, tapi untuk LHDN perasaan rindu itu kepada borang nyata cukai pendapatan (BNCP) kita tidak pernah pudar.
Kalau tidak pernah laporkan cukai dan rasa menyesal, LHDN ada tawarkan 0 penalti sehingga bulan mei 2024. Boleh buat sendiri, dapatkan panduan di sini. Rugilah kalau tidak ambil peluang macam ini.
Adakah Anda Mahu Belajar Declare & Bayar Cukai Tanpa Penalti?

Dalam panduan ini, kami tunjuk step by step supaya anda boleh submit borang LHDN tanpa kena denda, tanpa kena penalti dan tiada audit.