Malu Pakcik! Angkara Cukai Anak Masuk Insolvensi.

“Pakcik kecewa betul dengan diri pakcik, anak pak cik jadi mangsa.”
Suasana di kedai kopi itu bising sekali. Saya tatap raut muka pakcik itu.

“Silap pak cik guna namanya.”
Dia tertunduk seakan malu dengan dirinya sendiri.

“Encik saiful tolonglah pakcik, bantu pakcik keluar dari masalah ini. Pakcik betul-betul buntu.”
Kali ini dia merayu sungguh-sungguh.

Saya pun bergegas cepat pulang untuk menyelesaikan masalah ini. Dokumennya walaupun tidak disimpan rapi tetapi masih banyak boleh digunakan. Nasib baik dia masih menyimpan dokumen-dokumen itu.

Lalu pakcik inipun bercerita serba sedikit tentang bisnesnya,pakcik ini dapat kontrak kerajaan, tetapi pada masa itu dia tidak tahu bahawa wajib untuk laporkan cukai. Masa itu sudah seronok dapat kontrak, terlupa agaknya kewajipan tersebut. Akhirnya tahun demi tahun berganti, giliran beliau untuk diaudit oleh LHDN.

Terduduk dia sewaktu terima notis mahkamah.

Oleh kerana tidak tahu jalan, jadi dia biarkan sahaja sampailah anaknya menerima notis insolvensi. Kali ini pukulannya sangat kuat.

Selepas selesai proses akaun, kami hantar ke LHDN untuk semakan semula.

Berbulan-bulan menjawab soalan daripada LHDN sehingga pada December 2023 akhirnya mendapat perkhabaran gembira. Bertapa gembiranya hati sang ayah, bila dapat tahu anaknya sudah lepas dari insolvensi. Pak cik ini sudah putus asa mahu hidup kerana dia rasa telah kecewakan anaknya.

Apa yang terjadi sebenarnya ialah peringatan untuk kita yang buat bisnes. Daripada kisah ini 3 perkara kita mesti ingat semasa buat bisnes.

1.Masa ada duit, ingat urus cukai.
2. Masa gembira, jangan lupa dokumen.
3. Masa kita berduka, jangan putus asa.

Ramai sahaja orang yang bermasalah cukai, jangan putus asa. Kita uruskan seeloknya. Jangan murung kerana masalah ini ada penyelesaiannya. Yang penting, dokumen. Sorak la macam mana sekalipun, dokumen jangan buang dan jangan lupa.

Untuk mereka yang sudah insaf, beli panduan cukai di sini >>> absurus.com/pplhdn