Male programmer stressed out at work

KPI Yang Membunuh Pasukan

Male programmer stressed out at work

Ramai pemilik bisnes atau pengurusan bisnes meletakkan “arbitrary number” dalam KPI. Maksud “arbitrary number” ialah nombor yang menurut mereka ialah nombor yang betul. Bahasa pasarnya ialah nombor yang dipetik dari langit dan dijadikan KPI.

Arbitrary number ini macam mana?

Contohnya, kita suruh team sales capai target 1 juta dalam masa sebulan atau 30 hari. Menurut Simon Sinek, kenapa ditetapkan 30 hari? Berdasarkan apa target 1 juta itu diletakkan?

RM 1juta itulah arbitrary number

30 hari itulah arbitrary number

Kenapa tidak diletakkan RM10juta?

Kenapa tidak diletakkan 35 hari atau 40 hari?

Ini adalah 3 contoh yang membunuh pasukan;

1. Berapa banyak sales nak dicapai?

2. Berapa banyak lead sales yang nak dicapai?

3, Berapa banyak view Tiktok?

Semua ini adalah “arbitrary number” yang membunuh pasukan.

Macam mana pasukan tidak mati jika:

1. Baru masuk kerja terus kena target buat jualan

2. Perah orang tapi latihan tidak diberi

3. Ketua yang cuma mahu dapatkan imbuhan dan pujian dan orang atasan

Ya memang betul kita perlukan target atau sasaran supaya kita tahu kita dilandasan yang sepatutnya.

Namun, kita juga harus ingat bahawa tiada siapa yang menang atau kalah jika sasaran ini tidak dapat dicapai dan tidak ada garisan penamat.

Ini adalah cara menetapkan KPI yang betul untuk sales:

1. Tetapkan berapa ramai orang yang dia perlu hubungi setiap hari.

2. Tetapkan berapa orang dia perlu whatsapp setiap hari.

3. Tetapkan berapa orang yang dia perlu jumpa setiap hari.

Sebagai ketua, ini pula perkara yang kita mesti buat:

1. Tetapkan SOP bagaimana untuk dia hubungi orang itu.

2. Tetapkan SOP bagaimana dia perlu whatsapp orang itu.

3. Tetapkan SOP apa yang perlu dia buat apabila berjumpa orang itu.

Menurut Simon Sinek, apabila kita buat KPI dengan betul, kita percaya bahawa team sales itu akan capai juga target 1 juta itu kita cuma tak tahu bila. Selagi mana dia capai KPI yang betul dan selagi mana dia ikut SOP yang ditetapkan, target itu tetap akan dicapai.

Ini ada 13 checklist dokumen akaun dan cukai untuk tuan puan PERCUMA sahaja, dapatkan link di sini.