Harga Dalam Quotation Sama, Tapi Kenapa Dia Ambil Servis Orang Lain?

Frustrated entrepreneur
Memang kecewa bila orang tak ambil barang atau servis kita

Tips bagaimana membuat quotation menjadi mahal. Tak sangka dengan mengubah cara kita buat quotation boleh ubah duit masuk dalam bisnes.

Apabila ada orang yang berminat mahu mendapatkan servis atau barang kita, kita mesti mampu membuat quotation yang mahal dan membuatkan bakal pelanggan rasa berbaloi sungguh.

Rasa rugi sungguh kalau tidak ambil barang atau servis kita!

Bayangkan kita hantar quotation kepada pelanggan seperti ini:

Ini adalah untuk bisnes servis aircond –

  1. Kerja memeriksa aircond 1.0 hp XYZ
  2. Kerja membersihkan indoor unit 
  3. Kerja membersihkan outdoor unit
  4. Kerja menukar filter indoor unit
  5. Kerja menambah gas R34
  6. Bateri remote AA 
  7. Pemeriksaan kebocoran paip gas 
  8. Pemeriksaan wiring aircond

Jika hantar quotation seperti ini:

  1. Servis aircond 1.0 hp XYZ

Nampak murah, walaupun harga yang kita letakkan sama tetapi nilai dimata pelanggan itu naik. Kita memang buat semua kerja-kerja itu cuma tidak disenaraikan. Jadi pelanggan rasa kita cuma servis aircond sahaja. Kalau ada dua quotation, dengan harga yang sama atau harga kita lagi mahal dia akan pilih kita kerana nilai. 

Ini 3 point penting supaya kita boleh jadikan quotation kita mahal dan bernilai.

  1. Senaraikan kerja dengan lengkap
  2. Senaraikan step by step kerja yang dibuat
  3. Senaraikan kelengkapan kerja yang diperlukan

Mahu Dapatkan Template Quotation & 9 Lagi Template Akaun Yang Lain?

Dalam panduan ini, anda akan dapat 10 panduan & template pengurusan akaun yang betul.