Dapat Job Besar? Ini 3 Perkara Tuan Puan Perlu Buat.
Siapalah yang tidak teruja dengan job besar? Semua orang teruja. Lagi-lagi kita yang bisnes kecil memang sangat teruja. Jangan kata dapat job, orang besar atau bisnes besar itu sudah tunjukkan minat kita sudah melompat.
Pertama sekali, tahniah kerana tuan puan berjaya dapat “job besar”. Jangan melompat dulu, saya juga faham perasaan tuan puan. Kali pertama saya dapat job besar, satu malam saya tak boleh tidur. Tapi percaya cakap saya, sebab kali pertama saya dapat job besar saya ditipu 50 ribu.
Pastinya sudah tentu kita mestilah gembira.

Ini 3 perkara yang saya harap ada orang beritahu saya dahulu apabila dapat job tidak kira job kecil atau besar:
- Quotation
Dalam quotation senaraikan semua kerja, barang, harga dan kuantiti. Setiap perkara semua disenaraikan. Kemudian minta maklumat seperti nama syarikat atau bisnes, alamat, email dan nombor telefon.
Nyatakan juga tempoh sah quotation itu. Nanti dia gunakan quotation itu untuk tahun 2025, dia kata itu harga yang kita tawarkan. Paling penting jika dia terima tawaran itu, minta dia tandatangan quotation itu. Nak panduan buat quotation boleh dapatkan di sini absurus.com/pta
2. Purchase order
Ini untuk mereka yang berurusan dengan bisnes atau syarikat besar dan juga agensi kerajaan. Tolong jangan buat kerja percuma untuk mereka. Yang jerung-jerung ini panjang sangat akal mereka apabila kita minta bayaran.
Minta mereka senaraikan apa yang mereka mahu kita beli atau laksanakan kerja. Bila kerja atau barang itu mereka mahu dihantar.
3. Tetapkan tempoh kredit
Ini perkara paling mustahak. Job besar kadang kala memerlukan tempoh untuk buat bayaran. Bukan kerana mereka tidak ada duit tetapi ada perkara yang memerlukan mereka melalui prosedur.
Jadi sebelum mulakan kerja nyatakan apakah syarat kita seperti berapa deposit yang kita perlukan. Nasihat saya minta sekurang-kurangnya duit yang cukup untuk modal kerja itu. Seandainya kita tidak dibayar, kita tidaklah melopong.
Nak panduan untuk mengutip hutang dengan bagus boleh beli di absurus.com/vipw
Saya pernah berada di tempat tuan puan juga, hakikatnya saya juga masih lagi rasa teruja apabila dapat job besar. Itulah perasaan paling seronok sebagai orang bisnes. Saya juga tidak menafikan perasaan itu.
Cuma pastikan apabila dapat sahaja job besar, ingat 3 perkara yang saya kongsikan di atas.