Bisnes mesti rekod stok

Two employees checking inventory beside racks of boxes in storage in a distribution warehouse.

Stok ini sangatlah berharga. Nilai stok ini sama dengan nilai duit tunai. Stok dan duit tunai ialah sejenis asset semasa iaitu asset yang mempunyai kecairan yang tinggi. Walau bagaimanapun, tanpa rekod stok kita akan berdepan dengan 3 masalah iaitu:

1. Sukar mengetahui kos jualan

Adalah sesuatu yang mustahil untuk dapatkan kos jualan yang tepat tanpa rekod stok. Apabila kos jualan sukar diketahui, kita akan dapat angka-angka yang menjurus kepada keputusan yang salah.

2. Stok hilang

Apabila stok tidak direkod, kemungkinan untuk stok itu hilang sangat tinggi. Tidak ada pemantauan daripada pihak pengurusan menyebabkan staf suka-suka sahaja gunakan barang-barang stok. Sehingga stok ini hilang kita pun tak perasan.

3. Sukar membuat keputusan

Ini perkara paling mustahak. Apabila kita tidak ada rekod stok, bagaimana kita nak buat keputusan stok mana nak ambil? Stok mana yang cepat habis? Stok mana yang perlahan habis? Tanpa rekod, kita akan buat order ikut rasa.

Stok inilah yang akan jadi duit apabila sudah dijual. Sebagai contoh, kita bisnes kedai makan. Kita ada stok ayam 10kg. Sepatutnya, dengan stok ayam 10kg itu kita dapat jualan RM500. Tapi disebabkan stok itu diambil oleh staff, kita pun tak perasan rupanya ayam itu tinggal lagi 8kg. Kesannya duit jualan kit aitu sedikit sahaja.

Supaya stok kita tidak hilang kita mesti rekod stok kita dan tetapkan SOP yang ketat. Ini 3 cara supaya stok tuan puan tidak hilang:

1. Gunakan stok card untuk merekod

2. Gunakan sistem inventori POS

3. Buat jadual pemantauan stok

Tuan puan, nak bisnes memang banyak perkara nak dibuat. Kena pantau stok, kena kira stok, kena rekod stok dan macam-macam lagi.

Dapatkan free checklist 13 dokumen akaun dan cukai PERCUMA di https://absurus.com/fc13d/