5 Keuntungan Outsource Akaun
Kenapa ramai orang memilih untuk outsource akaun mereka berbanding ambil staff sendiri?
Ini saya senaraikan 5 keuntungan outsource akaun (lebih-lebih dengan ABS Urus):
1. Zero cost setup
Sudahlah kita banyak benda hendak difikirkan, satu hal lagi nak setup sistem akaun. Sistem akaun pula kebanyakannya mahal. Bukan sistem sahaja, bila nak ambil staff untuk buat akaun kita perlu sediakan meja, kerusi, komputer dan kelengkapan pejabat yang lain.
2. Tidak pening urus staff
Kalau kita outsource akaun, kita tidak perlu pening tuan puan untuk menghadap pelbagai kerenah staff. Kita orang bisnes, kita tak boleh buang masa hendak menghadap dengan pelbagai kerenah staff. Dengan outsource, jika tak puas hati boleh tukar bila-bila masa. Kalau staff, jika dia tak perform kita kena bagi warning letter la, kena bagi latihan lagi.
3. Jimat kos
Sudah tentu, idea outsource ini adalah untuk menjimatkan kos. Berapa banyak kos yang kita boleh jimatkan selama setahun. Kos yang kita boleh jimatkan itu, kita boleh guna untuk perkara lain seperti jadikan duit iklan.
4. Tidak perlu melatih staff
Kita orang bisnes, kita mana ada asas untuk latih staff pasal akaun. Nak debit apa, nak kredit apa, nak simpan fail macam mana, nak buat voucher macam mana, nak buat claim macam mana, banyak perkara yang kita tidak tahu. Sukar untuk kita melatih staff kerana kita juga sibuk dengan perkara lain. Akhirnya staff akaun itu jadi admin sahaja.
5. Dapat nasihat kewangan dan akaun
Setiap bulan akan ada sesi untuk menyemak akaun dan kewangan bisnes kita. Ini yang paling penting kita perlu analisa akaun kita. Kita boleh buat keputusan jika akaun kita dibuat setiap bulan.
Outsource akaun ini bukan perkara yang selamanya kita akan buat. Apabila bisnes sudah berkembang kita memang perlu ambil staff. Cuma kita mesti tahu apakah yang staff itu perlu buat setiap hari, apa yang perlu dibuat setiap minggu dan apa yang perlu dibuat setiap bulan.
Dengan adanya outsource akaun, ini akan jadi blueprint untuk kita ambil staff kita. Nanti senang kita nak urus akaun kita.
Jika tuan puan berminat, boleh hubungi kami di sini